4 perkara yang dapat meninggikan darjat

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Assalamualaikum.. ini satu entry yang aku nak kongsikan tentang satu hadis riwayat Thabrani yang dipetik dari kitab akhlak seorang muslim karangam Muhammad Ghazali.

~~ 4 perkara meninggikan darjat seseorang disisi ALLAH s.w.t

sabda Rasulullah SAW: 
  • Berlapang dadalah engkau terhadap orang-orang yang membodohi kamu.
-kalau ayat simple ket.. buat muka blur.. scene nie memang selalu terjadi kan terhadap kite.. especially kalau kite nie bekerja di bawah satu kuasa. ataupun dalam kontek persaingan.. perdebatan akan berlaku n so on la akan terjadi.. ataupun kite berdepan dengan sesorang yang envy pada kita..mesti kata-kata pedas akan setiap saat akan terkeluar dari mulut dia.. nak tunjukkan ketidakpuashatian dia pada kite.. inilah golongan yang tidak suka melihat orang lain senang.. kehkehkeh.. jadi apa yang perlu kita buat ialah.. kite cume buat muka seposen je.. nnti lama2 dia akan senyap la tu..  
  • Engkau suka memberi maaf pada orang yang menganiayai kamu dan menzalimi kamu.
-Aku teringat satu mutiara kata ---> kebaikan di balas dengan kebaikan adalah lumrah. kejahatan dibalas kejahatan adalah dendam, kebaikan dibalas kejahatan adalah iri hati dan kejahatan dibalas kebaikan adalah berhikmah. Mengikut lumrah insani.. boleh kah kejahatan dibalas kebaikan.. urgh.. so hard to say..  it's more harder to do it.. mungkin orang akan menspekulasikan.. kejahatan haruslah dibalas dengan kejahatan. Sekarang, apa kata kite renovate hati kite untuk memaafkan walau kenyataannya amat perit.. =(.. tapi ingat. walau perit.. mesti disana ada parit. kehkeh.. x de la..
  • Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah mmberi kepada kamu.
-tangan diatas lebih mulia berbanding tangan dibawah.. maknanya orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.. kalau dulu.. kita sentiasa menerima.. terima wang dari ibu dan ayah.. terima hadiah daripada kawan-kawan sekarang.. kite tukar posisi pula.. kite beri mereka terima plak.. ok.. baru seri. 
selain itu.. banyakkan la bersedakah, menderma, atau ape2 je la seangkatan dengan -nya, =D
  • Engkau mahu bersilaturrahim kepada orang yang ingin memutuskan silaturrahim dengan engkau.
-ni kes tuk orang yang bergaduh.. teringat pulak time mase sekolah rendah dulu.. gaduh-gaduh .. sebab pen sebatang je kot.(childish kan.hoho).. gaduh sampai x tegur. pastu main tulis-tulis surat, luah perasan la.. abis cerita zaman dahulu kala diungkit-ungkit.. kehkeh. lepas tu.. nak berbaik.. salam.peluk. pastu duduk tempat masing-masing.. macm tula. ok.. da selesai history zaman dahulu kala.. =D... BAck to the normal...sabda nabi.. kalau bergaduh dan tidak bertegur sapa melebihi 3 hari dikira berdosa besar kerana memutuskan tali persaudaraan.. ingat tu.. tapi macam mana kes kalau kita da bersusah payah untuk memperbaiki hubungan kita dengan dia.. sedangkan dia langsung tidak menampakkan ingin bersama mengislah hubungan itu. Jadi soalan itu aku jawab berdasarkan ape yang aku tanya pada ustaz aku..kata ustaz ku.. sekiranya kita da berusaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim antara kita dan dia.. jadi kita tidak akan berdosa.. melainkan dia.. tapi janganlah sekali pujuk da berputus asa..cuba lagi dan cuba lagi sampai hati nya lembut disamping sentiasa mendoakan untuk-nya.. =D

Baiklah.. sekian dahulu coretan aku pada petang nie.. nak solat zuhur pulak.. ok.. barakaAllahu~fikum.. 

Waalaikumussalam